Friday, November 23, 2012

Drama Swasta Result Exam.. wew


Omoo baru aku perasan aku terlupa nak post ni xD.. so here it is.. 

Alhamdulillah, semester ni aku berjaya mengalahkan diri aku pada sem lepas.. semua kerana bantuan Allah SWT terhadap hambanya yg lemah mcm aku ni..
Mcm biasalah, bila kluar result, yg berjaya gembira, yg kurang berjaya berduka.. tu smua tak boleh nak dielakkan kerana kita semua manusia biasa..ye tak?

Bila timbul isu result ni, mcm2 le drama yg berlaku.. Tanpa melengahkan masa, ayuh kita lihat drama2 yg berlaku..


Ilmu vs Pointer Semasa,

Kadang2 kita lupa apa tujuan kita menuntut ilmu itu sendiri.. cuba kita fikirkan balik, kita kejar ilmu atau kita kejar pointer? sbgai student sendiri, aku faham.. pointer ni penting,. sbb ia akan tertera pada sijil diploma kita nanti.. tapi, mana datang kerberkatan dalam menimba ilmu jika kita hanya mengejar pointer semata-mata?


Definisi Ilmu/Pointer dari pemahaman aku sendiri,

Ilmu-Segala apa yg dipelajari sepanjang semester, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Datangnya dari pelbagai sumber, sama ada pensyarah, buku, rakan-rakan,dan ahli keluarga sendiri. Melibatkan kefahaman dan rasa ingin tahu pelajar itu sendiri.

Pointer Semasa-Apa yg dijawab dlm helaian kertas, dlm tempoh 2-3jam menggunakan pngetahuan ttg apa yg dipelajari dlm tempoh 1 semester.

Jadi, wajar ke kalau segala apa yg dipelajari dalam satu semester hanya diukur dlm masa hanya 2-3 jam? Bukan tu je, ada pula insan yg tak sihat time exam, atau menghadapi stress, kemurungan akibat kematian ahli keluarga, dan beraneka lagi faktor yg mengakibatkan seseorang tu hilang tumpuan.

Tak munasabah kalau kita jadikan pointer itu semata-mata sebagai kayu ukuran. Segala ilmu yg diperolehi dan difahami sepanjang pembelajaran dlm semester itu jauh lebih bermakna dan tidak perlu diukur-ukur dan dibanding-banding dgn kawan-kawan lain.

Result tu rezeki dari Allah,.. ada yg dpt lebih, ada yg kurang,. ada yg Allah jadikan sbgai ujian kepada kita..
Sebaliknya, Ilmu itu anugerah iaitu rezeki mutlak dari Allah,. bersyukurlah sbb kita masih diberi peluang utk menimba ilmu.. Ingat, ada bnyak insan diluar sana yg inginkan tempat anda sekarang..


Usaha dan Tawakkal,


Kalau nk berjaya tu, sure2 la perlukan usaha.. tipu la klau nk kata seseorang tu berjaya tanpa sebarang usaha.. Tetapi, antara perkara yg aku perasan la, masyarakat kita ni selalu sgt mempertikaikan usaha seseorang.. antara ayat2 yg femes dikatakan mcm ni-


 ''minah ni study sikit2 je tapi score gak time exam, aku study penat2 xscore pun''.. 

Satu la bnda yg aku nk tanya kpd insan2 yg mempertikaikan usaha org lain.. 
Korang pasang CCTV ke kat sekitar dorang sampai korang boleh sure usaha dorang ni sikit je? 
Bnyk bnda yg perlu korang ambil kira dlm bab belajar ni,..tak perlu la nk mempertikaikan usaha seseorang itu, sebaliknya muhasabah diri tu sendiri.. seperkara lagi yg sering org lupa, ialah tawakkal individu lain itu sendiri.. mungkin Allah menerima doa dia.. mungkin usaha dia dlm berdoa kepada Allah lebih dari kita sendiri..who knows? 


Bila menghadapi kegagalan,

"Failure in life is not the main problem.. the main problem is when you give up and don't want to stand up after the failure.."

Don't give up ! selagi ada peluang, teruskan dgn jalan yg telah dipilih, sehinggalah Allah menutup jalan itu sendiri, supaya kita memilih jalan yg lebih baik In sya Allah.. Jalan bukan penentu, tetapi destinasi itu sendiri.. ada jalan yg jauh, jalan yg berliku, jalan shortcut, ada yg jalan kaki, yg naik kereta, naik kuda, naik harimau.. tp matlamatnya masih destinasi.. kita ni masih muda, comei2 lagi.. perjalanan kita masih jauh,. so jgn putus asa, teruskan perjalanan menuju destinasi masing2..

Sebagai kawan pula, tak perlulah nk cari salah mereka yg menghadapi kegagalan.. sbb mereka lebih kenal diri mereka sendiri.. biar mereka muhasabah diri mereka sendiri,. nk nasihat pun, tunggu dia dah cooldown dulu,. bukan time2 tu direct nk point itu-ini.. 

Nak tgk korang jenis kawan yg mana, tgk kartun begip aku kat bawah ni,


click image to enlarge

So, which type are you? Nasihat awal2, or bila member tu dah kena baru nak bising, baru nk nasihat? Ukur baju di badan sendiri.


That's all folks.Lets us pray for a better future for all of us. Amin. 














0 comments:

Post a Comment