Sunday, June 5, 2011

Reality of Realities: Alhamdulillah


Dunia ini penuh dengan kenyataan yang memedihkan.

Tetapi akan sentiasa ada ruang untuk kita mengucap Alhamdulillah sebagai tanda syukur pada Ilahi.

Syukur dengan apa yang telah dikurniakan.

Manusia akan sentiasa melihat kekurangan diri, dengan melihat kelebihan manusia yang lain.

Sepatutnya kita perlu melihat kelebihan yang dikurniakan kepada kita,dengan kekurangan yang ada pada manusia lain.

''walaupun aku 'itu',sekurang-kurangnya aku 'ini'... ''

Kerana tiada manusia dilahirkan sempurna.

Dan insan yang menganggap dirinya sempurna tidak akan terlepas dari kelemahan dirinya sendiri.

Iaitu sikap ego yang melampau.

Jadi,bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakan.

Alhamdulillah.


0 comments:

Post a Comment