Sunday, September 2, 2012

Kahwin & Jodoh (part 2)


Oleh kerana permintaan dari cik Syafiqah Nabilah utk continue ttg ni, I terpaksa ikut.. kekee.. so kita sambung number 5 *Part 1 smpai number 4*

5.Apa kata "survey"?
Apa kata ''survey''? Apa pulak survey2 ni, pop quiz ke? Haha no.. actually, its surrounding. Yeap, apa yg nk diulas disini ialah situasi persekitaran. Tentang bagaimana sebuah rumah tangga terbentuk. Okay mari kita lihat. Paling simple, tanyalah ibu dah ayah kita sendiri. Siapa mereka sblm mereka bergelar suami dan isteri? Bila mereka berkenalan? Berapa lama tempoh yg diambil dari tempoh mereka berkenalan hinggalah masing2 mengikat janji membina istana kasih sayang abadi sbgai suami dan isteri?

Apa pula kata survey? well MOSTLY mereka berkenalan semasa di alam universiti. Yeap, tak percaya? Tanyalah ibu-bapa,lecturer,ustaz,cikgu,.. dimanakah mereka berkenalan dgn pasangan hidup mereka? KEBANYAKAN dari mereka berkenalan di alam universiti. Korang pasti ingat, semasa di sekolah menengah dulu, cikgu2 slalu pesan mcm ni

"Kamu semua tak perlu lah bercinta di zaman sekolah ni. Semuanya cinta monyet je,takkan kemana"

Apa yg tersurat, tak perlu nk diulas. Apa pula yg tersirat? Bercinta di zaman sekolah ialah cinta monyet, TETAPI bercinta di zaman universiti bukan, ia bukanlah sesuatu yg "takkan kemana" tetapi bermatlamat. Matlamat supaya mereka menjalin hubungan yg sah. Get the point? Sebab itulah mereka selalu tekankan tentang cinta monyet zaman sekolah. Pernah ke dgr cinta monyet zaman universiti? >_<

Usia kita semasa zaman universiti sudah cukup matang utk tahu baik buruk sesuatu, dah boleh fikir batas2 pergaulan. Bukan mcm waktu sekolah dulu.Well still, we got our own perspective.

6.Future planning dan usaha
Point yg ni lebih kepada ulasan ttg apa yg diperkatakan oleh Dato Dr Fadzilah Kamsah dlm part 1. Mcm apa yg Dato ckp, jodoh takkan datang bergolek. Ia perlukan usaha. Usaha dari segi apa? Bnyk bentuk usaha dlm mencari jodoh. Merisik, mencuri hati si dia, berdoa kpd Allah, or even melamar secara directly.Seperti apa yg sahabatku,Aman katakan.. we need future planning.. plan betul2 timing, kewangan, strategy.Ini juga suatu bentuk usaha dlm mendapatkan jodoh.

Okay,sekarang cuba bayangkan, tanpa perkara2 diatas, manakan dtgnya jodoh itu? Cuba fikir sejenak.....
Ingat, jodoh mmg ketentuan Allah, jodoh Allah sememangnya yg terbaik utk kita, TETAPI kita yg bertanggungjawab untuk mencari, berusaha utk mendapatkan jodoh itu sendiri. Senang cerita, tanyalah ayah anda sendiri. Betapa bnyk usaha yg telah beliau lakukan?

7.Pilihan
Biar aku kongsi satu cerita. Kisah benar yg berlaku, diceritakan oleh nenekku sendiri.Kita jadikan sebagai iktibar.

Alkisah seorang kenalan opah semasa opah belasan tahun. Dia ni cantik,hingga ramai lelaki yg tertawan. Sudah tentu ramai lelaki ingin mengorat, dan ada juga yg dtg kerumah ingin melamar. So,dijadikan cerita, semua lelaki ditolak mentah2.. hinggalah opah berkahwin dgn atuk pada usia 18 tahun. Masa demi masa, masih ada lelaki yg dtg ingin melamar si jelita ini. In the end, hingga ke masa ini, dia tidak mempunyai pasangan hidup. Yeap, dia solo sampai sekarang, lebih tua dari opah.

Disini kita lihat, Allah meletak pilihan di tangan kita. Kita berhak utk menolak atau menerima. Tetapi bagaimana kalau mmg sbnrnya dialah jodoh yg Allah tentukan itu? Mcm mana pula nak tahu dia adalah jodoh kita? Cara terbaik, solat istiqarah.  Ia adalah cara yg paling mudah Allah berikan kpd kita utk menunjukkan si dia sememangnya jodoh kita. Banyak lagi cara utk mengetahui si dia adalah jodoh kita, baca lebih lanjut di sini.


 
     Sampai sini sajalah ulasan dari aku. Mcm biasa, kita pnyai pandangan masing2.. ini hanyalah sekadar perkongsian pandangan dari aku.. mana yg rasa tak btul tu xperlu terima.. assalamulaikum :D






2 comments:

akira said...

yeah, pnah bincang psal ni dgan lecturer.
when it comes to jodoh,
rmai students akan ckap.
"ada jodoh, ada laaa. semua kan dah tertulis"
then he said
"sama la dengan rezeki, rezeki seseorang tu dah tertulis, tapi kita tggu rezeki tu datang cmtu je ke?"
"jodoh is rezeki"

just sharing =)

Hyuga Gin said...

Agree. "REZEKI DI TANGAN TUHAN". Kalu tak usaha cari rezeki mana nak dapat rezeki? Sama jugak dengan jodoh.Tak cari jodoh,mana nak dapat jodoh?Tapi ikut pandangan masing-masing.Dalam Islam kita diberi kelonggaran untuk menilai satu2 perkara itu dalam setiap aspek,baik dan buruknya.Jangan tutup minda dan menilai dari satu aspek sahaja.Minda tak akan berkembang...

Post a Comment